Hari itu, ada Clinical Bedsite Tutorial. Sangat teruja untuk pergi ke hospital. Tak tahu kenapa wujud keterujaan itu. Berbekalkan senaskhah buku Clinical Examination, Talley and O'Connor, saya melangkah masuk ke Clinical Room di Respiratory Ward. Teman-teman yang lain sedang menunggu ketibaan Tutor kami. Setibanya Dr Barzagan ke ward itu, kami memulakan perbincangan. Saya merujuk buku Clinical Examination itu agar lebih memahami apa yang kami bincangkan. Alhamdulillah, semuanya dapat saya fahami, dengan rahmat Allah dan wasilah buku tadi.
Tutorial kami tamat. Saya berasa sungguh puas dengan ilmu yang baru diterima. Puas dengan komitmen diri. Puas dengan komitmen teman-teman dan tutor. Kepuasan yang dicampakkan oleh Allah jua. Saya bergegas pulang supaya dapat mengikut solat Maghrib berjamaah di Masjid. Selesai mengabdikan diri pada Allah, saya memandu kereta ke rumah. Lauk semalam masih ada, tidak perlu memasak hari ini. Lalu saya bercadang untuk membelek buku Clinical Examination tadi, supaya dapat menghafal fakta-fakta penting.
Beg galasku dibuka. Buku itu tiada. Saya mencari di dalam kereta. Tiada juga. Saya kaget. Buku itu hilang. Saya mencari lagi, berkali-kali. Namun hasilnya tetap sama. Risau sungguh saat itu. Buku itu bukan milik saya. Ia dipinjam dari perpustakaan universiti. Tidak lama lagi, tamat tempoh pinjaman. Saya tidak mahu membayar denda lewat. Saya juga tidak sanggup membayar kos buku itu jika ia benar-benar hilang.
Usaha mencari masih gagal. Saya ke hospital. Di Clinical Room yang sama, saya mencari buku itu. Mana tahu, tertinggal di sana. Buku itu tiada. Saya bertanya kepada Ketua Jururawat di ward itu. Berkali-kali dia memohon maaf kerana tidak dapat membantu saya. Saya pasrah. Namun, tinggal satu lagi usaha yang boleh dilakukan. Saya ke perpustakaan di hospital itu.
"Hi. I have an enquiry. I'm looking for a book titled Clinical Examination. Talley and O'Connor? I might left it in the wards when we were having a tutorial. I was wondering if there was someone kind enough to send it here?" Saya bertanya dengan nada berharap.
"I see. That's a tough break. Let me have a look first," dia menjawab dengan senyuman.
"Is it your book?" dia bertanya pula.
"No, I borrowed it from the Uni," saya menjawab.
Librarian itu mencari dengan sungguh-sungguh. Keikhlasannya untuk membantu sangat nyata kelihatan. Tapi, buku itu masih tidak dijumpai.
"I'm very sorry. I don't think it is here. I wish you good luck. Hopefully you will find it. Who knows, maybe someone send it straight to the Uni library."
"I hope so too," saya berkata.
Saya pulang ke rumah. Dalam minda, berlegar-legar harga buku itu. Saya mencongak-congak jumlah wang yang perlu dibayar untuk menggantikan buku yang hilang itu. Sangat besar jumlahnya. Tidak mampu rasanya untuk ditampung.
Esoknya, saya merancang untuk ke perpustakaan Uni. Saya ingin melaporkan kehilangan buku itu. Sebelum itu, saya membuka emel universiti saya. Saya terkejut. Kenapa begitu? Di situ, tertulis bahawa saya sudah pun memulangkan buku Clinical Examination itu. Acap kali saya memeriksa emel saya. Saya tidak yakin dengan apa yang dilihat. Namun, skrin masih menyatakan bahawa buku itu sudah berada di perpustakaan uni.
Hebat sungguh orang Australia. Etika mereka mengagumkan. Aku sangat kagum. Walaupun negara ini bukan negara Islam, tetapi sikap mereka sungguh bagus. Memang ada keburukan yang nyata di negara ini. Contohnya alkohol, parti-parti yang sarat dengan pergaulan bebas, sistem kekeluargaan yang sudah rapuh dan sebagainya. Tetapi, dari segi etika kerja, dan moral, mereka sangat jauh ke hadapan. Saya tidak dapat bayangkan perkara yang sama berlaku di bumi Malaysia. Mungkin ada segelintir manusia di Malaysia yang sejujur itu, tetapi secara jujurnya, kebanyakan orang mungkin tidak akan sebaik itu.
Buku itu buku yang mahal. Jika ada manusia yang tidak jujur menjumpainya, banyak wang yang boleh didapatinya jika dia jual semula buku itu. Tapi, itu tidak berlaku. Orang yang menemui buku itu ternyata sangat amanah. Dia tidak mengambil buku itu. Dia tidak menjual buku itu. Dia terus menghantar buku itu ke tempat asalnya. Walaupun tiada sesiapa yang akan tahu jika dia mengambilnya.
Hakikatnya, saya tidak tahu siapa yang menjumpai buku itu. Dia mungkin seorang Muslim. Dia mungkin Kristian. Dia mungkin lelaki. Mungkin juga perempuan. Dia mungkin tua. Mungkin juga kanak-kanak. Tapi, saya tahu akhlaknya baik. Saya tahu moralnya tinggi. Saya tahu, dunia ini akan sangat aman jika ramai lagi orang sepertinya.
Hopefully one day, something like this will occur in my country, without people actually asking the question, "Really? Did that really happen?" Semoga senario sebegininya menjadi kebiasaan di tanahairku. Ameen..

3 comments:
Really? Did that really happen?
Ngeh3
alfatih: =|
Alhamdulillah, that's a really good story to tell. Achik has been telling me her frustrations with the Malaysian ways and comparing with her experience while living in Australia. She also said that although Australia is not a Muslim country, their businesses, processes, and services are more Islamic than Malaysia's. May God bless the kind soul who returned the book to the library for you.
Post a Comment